WELCOME TO MY BLOG

Rakyat Didahulukan dalam Menjahanamkan Kenderaan Tersayang !


Terus terang saya katakan, secara jujur dan ikhlas saya katakan, saya amat dukacita dan kecewa terhadap Kerajaan Malaysia dalam isu kenaikkan harga minyak hari ini.

Masih saya ingat, kerajaan menjanjikan kenaikkan untuk Ron97 sepatutnya pada aras RM2.00 seliter dan Ron95 berkadar RM1.75 seliter iaitu 5sen lebih murah daripada RM1.80 sepertimana yang biasa kita isi sebelum ini. Malangnya apa yang berlaku ialah, harga minyak Ron97 adalah RM2.05 manakala bagi Ron 95 pula RM1.80. Adakah ini flip-flop? atau satu penipuan terancang?

Hasilnya agak mengecewakan! Kereta menjadi sedikit semput dan tiada jaminan bahawa enjin akan terjaga dengan Ron95 yang tahap pembakaran jauh lebih rendah dari Ron97.

Apalah nasib rakyat Malaysia, dilayan oleh kerajaan setaraf kelas ke-3. Inikah yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan'? Inikah maknanya 'rakyat didahulukan' untuk mempertaruhkan kereta tersayang mengisi minyak murah? Adalah menjadi satu beban yang lebih besar jika 'performance' kenderaan kita semakin merundum dan bermasalah setelah menggunakan minyak murah ini.

Kita dipaksa untuk membayar harga yang tinggi untuk minyak yang lebih baik sedangkan negara ini penuh dengan hasil minyak terbaik. Tidakkah kita berfikir tentang ini dan mendiamkan diri apabila dipermainkan oleh kerajaan yang zalim sebegini?

Dalam kesabaran umat Islam negara ini mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan, Kerajaan Malaysia mengambil kesempatan menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impaknya. Tidakkah kerajaan memikirkan hal rakyat yang bakal menyambut Syawal? Saya percaya, harga barang sedikit sebanyak akan naik kerana alasan basi kenaikkan harga minyak! Ini membebankan rakyat yang ingin menyambut ketibaan Syawal.

Bukankah kerajaan atau sesiapa sahaja tahu bahawa apabila tiba hari perayaan, pastinya kenderaan banyak bergerak, pastinya kita akan banyak berjalan menggunakan kenderaan untuk balik ke kampung serta ziarah menziarahi antara satu sama lain sepanjang syawal. Sudah tentu kegunaan minyak akan berlipat kali ganda dari keadaan biasa. Tidakkah kerajaan fikirkan hal rakyat? Adakah ini yang dinamakan Perdana Menteri rakyat? Jauh panggang dari api.

Mengapa tidak kerajaan menaikkan harga minyak selepas musim perayaan? Dikala melaungkan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, dikala itu jugalah rakyat diperbodoh dan diseksa!

Kita rakyat bukan lagi bodoh! jangan paksa kami guna Ron95 kelak kami akan merana apabila minyak tersebut mengkarbonkan enjin kenderaan kami!