WELCOME TO MY BLOG

Stadium Terengganu Runtuh


Alamak,macam mana boleh runtuh ni...
Inilah satu lagi projek yang korupt yang memusnahkan semua duit rakyat terengganu , yang harga nya sudah berkali ganda mahal dan runtuh pula. Keruntuhan stadium yang harga berjuta ini melambangkan akhlak orang yang membinanya bermula dari kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta kontraktor dan sub kontraktor yang melaksanakan kerja.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga rm300 juta, telah runtuh pada lebih kurang 8 am 2 june09. Atap dan struktur penyokong atap runtuh jatuh ke dinding stadium dengan kepingan aluminiun berterbangan sehingga 200 meter dari runtuhan. Yang jelas batang pipe yang menjadi menjadi struktur untuk menyokong atas telah terputus yang menyebabkan sebahagian besar atap telah jatuh ke tanah.


Yang bertambah buruknya oleh kerana ingin menunjuk nunjuk projek stadium ini telah dibuat dalam keadaan kelam kabut bagi peristiwa yang ingin dicapai bagi meraih nama dan kehebatan seseorangan individu yang x disebut namanya.