Semasa awal tahun 70an Kerajaan Malaysia dibawah Tun Razak sudah mulai program Perindustrian di samping Pertanian dan Pelombongan yg memberi pulangan lumayan pada perekonomian Malaysia!
Program buku hijau dilancarkan dan projek prasarana seperti jalan dan perlabuhan di bina!
Lebuhraya Segamat Kuantan, Jabor Jerangau, Jeli ke Gerik dan Perlabohan Kuantan serta Pasir Gudang juga dibina!
Program pertanian ia itu Felda, Felcara, Risda dan Mardi dilancarkan untuk mengangkat ekonomi negara ke arah negara pertanian yang membanggakan!
Disamping itu banyak Industri elektronik masuk ke Malaysia dan ianya bertumpu ke Pulau Pinang, Sg. Way dan kemudian ke Johor dan Melaka. Ini menambahkan lagi kerancakan sektor ekonomi negara!
Di zaman Tun Mahathir gerakan menjadikan Malaysia negara Industri diambil dengan serius sekali agar kita ikut jejak Korea Selatan, Jepun dan Taiwan .
Malaysia sekarang ini berbangga disamping jadi negara Pertanian yg membanggakan juga jadi negara Perindustrian yg disegani di rantau Asia Tenggara!
Tapi adakah kita sebenarnya di jalur yang betul?
Masalah Subprima Mortgage di USA buat kita tersentak dengan buaian mimpi kita dan tiba tiba ekspot kita merudum jatuh kerana permintaan berkurangan! Pakej ransangan ekonomi dilancarkan agar masaalah ini dapat diimbangi dengan merancakkan sektor lain untuk menampung ekonomi yg mula merudum!
Sekarang ini baru kita sedar bahawa enjin perekonomian kita 95% bergantung pada ekspot dan faktor ekonomi dalaman kita ternyata terlalu kecil. Malah kita dianggap negara yg ketiga tertinggi bergantung kepada ekspot selain Hong Kong dan Singapura di rantau ini!
China bergantung kepada ekspot sebanyak 15% dari pertumbuhan GDP, Indonesia sebanyak 20~25% tertakluk kepada harga pasaran komoditi dan India juga terbilang kurang dari 30%!
China dan India secara tiba tiba sedang menjadi kuasa besar yang pernah mereka pegang semenjak ratusan tahun dulu dan mengambilnya kembali! Mereka akan terus menjadi Adikuasa Dunia di ratusan tahun kedepan dan kita sebagai negara kerdil tidak akan dapat menyaingi mereka!
Kebergantungan kita kepada lebih dari 80% tenusu (kambing dan lembu)dari luar negeri dan kita juga mengimpot sayur sayuran, beras, gula, jagung dan segala macam hasil tani sedangkan kita punyai jutaan hektar tanah yang subur untuk menyokong Industri Pertanian kita!
Sebelum terlambat kerajaan harus pulihkan sektor ekonomi yg sememangnya tidak diambil berat oleh Mantan PM Tun Mahathir agar negara tidak lagi tergantung kepada ekspot semata mata dengan menggiatkan lagi ekonomi dalaman.
Diharap para Petani di beri galakan serta subsidi baja, benih dan perbagai macam lagi supaya mereka menjadi Peladang Berjaya dan makmur!
Seandainya pekerja di berhentikan kerja maka mereka tidak segan silu lagi boleh menjadi Petani berjaya dan dengan sendirinya ekonomi dalaman kita dirancakkan oleh kita sendiri!
Sesuatu harus dilakukan sebelum nasi menjadi bubur!