Sedikit sejarah mengenai ASM..ianya dilancarkan pada 20 April 2000..berikut adalah perfomance ASM pada tahun 2006 hingga 2008.. 2006=6.75 Net Distribution per unit (sen) 2007=6.80 Net Distribution per unit (sen) 2008=7.80 Net Distribution per unit (sen) Source: Extracted from annual reports of Amanah Saham Malaysia which were audited by an independent certified Http://asnb.com.my Disebabkan oleh prestasi yang memberangsangkan tidaklah begitu menghairankan kenapa kaum cina begitu berminat dan sememangnya menunggu untuk merebut saham tersebut.. Namun begitu mengikut laporan Utusan Malaysia..daripada 1.665 bilion unit baru yang ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual .... Apa yg bermain difikiran saya..apakah punca-puncanya kaum Bumiputera/Melayu tidak mempunyai "nafsu" untuk merebut saham ASM..disini ingin saya lontarkan pendapat peribadi yg berlegar difikiran sebaik sahaja habis membaca akhbar Utusan Malaysia... 1) Inilah pendedahan sebenar salah satu faktor kegagalan DEB untuk menjulang kaum Bumiputera/Melayu...mereka ini tidak mempunyai dana untuk simpanan hari masa depan disebabkan faktor ekonomi yang menekan mereka untuk berdiri sama tinggi dengan kaum cina khususnya.. 2) Peranan Media cetak/elektronik untuk memberi pendedahan berterusan mengenai pelaburan didalam saham-saham amanah amatlah mendukacitakan..ramai golongan kelas pertengahan dan bawahan kaum Bumiputera/Melayu boleh dikatakan hampir tidak mengetahui langsung apa itu saham-saham amanah...media dinegara ini majoritinya hanya menfokuskan hiburan semata-semata.. 3)Pendedahan awal yang berterusan di peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti mengenai saham-saham amanah boleh dikatakan tiada langsung...oleh itu untuk memupuk minat terhadap saham-saham amanah dikalangan Bumiputera/Melayu sememangnya "tiada".
Persoalan disini mengapa senario sebegini terjadi kepada kaum Bumiputera/Melayu ?..adakah promosi yang dijalankan oleh PNB tidak berkesan menarik perhatian Bumiputera utk melanggan ASM..namun begitu semasa pelancaran terbaru di Johor baru-baru ini boleh dikatakan peratusan pengunjung yang hadir majoritinya Bumiputera/Melayu...
Adakah Bumiputera/Melayu ini hanya berminat untuk menghadiri majlis pelancaranya sahaja kerana terdapat berbagai-bagai aktiviti yg dijalankan oleh pihak penganjur dari berminat untuk melanggan saham-saham yang ditawarkan kepada mereka...?